CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, November 28, 2010

Daging Kicap Black Pepper




1/2 kg Daging
Lada hitam
Serbuk Kunyit
Bawang Besar -potong bulat
Bawang putih -hiris
Halia -hiris
Cili Hijau / Merah
Kicap Pekat
Kicap Masin
Garam

Cara :
Perap daging bersama dgn lada hitam, kunyit garam
Panaskan minyak dalam kuali, goreng bahan perap td..da nampak agak2 masak masukkan bawang besar, bawang, putih, halia.
Kemudian masukkan kicap pekat, kicap masin dan sedikit air.
tunggu sehingga daging empuk kemudia masukkan cili besar.
Hidang kan bersama nasi panas2.

Sausages Roll




Roti Gardenia
Sausage
Chhesedale
Butter
Serbuk Roti
Telur
Minyak untuk menggoreng

Cara :

1.Canaikan/lenyekkan roti kasi nipis
2.Rebus@stim kan sausage sampai msk
3.Sapu butter atas roti n letakkan sekeping cheese
4.Letak sausage yg telah masak td dan gulung
5.Celup dgn telur n lumurkan dgn serbuk roti
6.Goreng sampai kekuninga.
7. Hidangkan dan mkn panas2 bersama sos..yummehhh


Marble Cake (Mat Gebu)



300 g mentega (guna high quality butter)
280 g tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1 camca besar susu tepung*(*disatukan, diayak)
5 biji telur gred A (kurang lebih 60g sebiji dengan kulit)
250 g gula pasir
1 camca besar ovallate (cake stabilizer)
30 g gliserin (boleh ganti dengan susu sejat)
20 g air
1 camca teh esen vanilla
1 camca besar coklat emulco

CARA MEMBUATNYA :-)

Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin bulat berukuran 9 inci, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
Putar mentega hingga kembang dan gebu. Masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit hingga habis, gunakan kelajuan perlahan. Gaul rata dan ketepikan.
Dalam mixing bowl yang bersih dan kering, masukkan gula pasir dan ovallate, putar perlahan hingga gula dan ovallate bergaul rata. Masukkan telur (semua sekali) dan putar dengan kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan pekat seperti adunan kuih baulu.
Perlahan kan speed dan masukkan no. 2 perlahan2 sehingga habis, putar sebati. Masukkan esen vanilla, gliserin dan air, kacau rata. Bahagi adunan kepada 2 bahagian sama banyak, satu biar pada warna asal dan satu lagi campur dengan coklat emulco, kacau rata.
Sudukan ke dalam tin kek tadi secara berselang-seli, dan buat hingga siap. Kemudian, ambik pisau atau chostick, buat beberapa lorekkan pada adunan kek tadi, cukup sekadar 3 - 4 kali lorekkan. Bakar 50 - 55 minit atau hingga kuning keemasan, check dengan mencucuk lidi sate di bahagian tengah kek, jika keluar bersih tanda kek telah masak.Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dipotog.


Choc Brownies (Hanieliza)




Bahan A
1 cawan susu cair
1 cawan butter cair
1 cawan air panas
2 cawan gula perang [brown sugar]

Bahan B [kacau rata]
2 biji telur gred B
1 s/k esen vanilla

Bahan C [ayakkan]
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 s/k baking powder
1 s/k soda bikarbonat

Cara
1. Panaskan oven pada suhu 175'C selama 10 minit.
2. Kacau bahan A supaya sebati.
3. Masukkan bahan B.acau rata.
4. Masukkan bahan C dan gaulkan supaya sebati.
5. Lapikkan kertas dalam loyang 10x 10 inci.
6. Bakar selama 45 - 50 minit.
7. Sejukkan kek dan salutkan dengan kerim coklat.

KRIM COKLAT
Bahan
250 gm cooking coklat [cap tulip]
1 s/b butter/majerin
1 s/k susu cair

Cara
1. Panaskan coklat dalam periuk/bekas secara double boil.
2. Bila coklat telah cair tutup api dan campurkan butter. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau lagi.
4. Salutkan pada kek dan hias mengikut kesukaan.



Friday, December 05, 2008

BAKED MACARONI


Bahan-bahannya
1 paket (500 gram) macaroni spiral San Remo (atau boleh guna bentuk macaroni lain yang disukai)
220 gram Du Chef tomato puree (tin sedang)/ 1 botol besar sos spaghetti
400 gram daging cincang
1 biji bawang besar, didadu
3 ulas bawang putih, dicincang
2 - 3 helai bay leaves (kering)
Capsicum
sedikit rempah oregano
garam dan gula secukup rasa

250 gram keju cheddar parut
500 - 600 ml susu segar
3 sudu besar tepung gandum

Cara-caranya
1. Rebus spiral pasta mengikut peraturan dipaketnya. Sebaik sudah masak, angkat dan toskan.
2. Untuk Sos Merah: Tumis bawang besar dan bawang putih dan capsicum dengan sedikit minyak sehingga naik bau. Kemudian masukkan daging cincang. Tumis sehingga daging bertukar warna dan pastikan jangan sampai air daging kering.
3. Masukkan tomato puree/ sos spaghetti Prego dan sedangkan api. Kalau guna sos spaghetti Prego boleh campurkan 1 cawan air kedalam periuk. Jika guna tomato puree tidak payah tambah air.
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Sosnya jangan terlalu kering sangat kerana lebih sedap berkuah supaya mudah digaulkan bersama macaroni.
5. Untuk Sos Cheese: Masukkan susu segar dan tepung gandum dan gaul rata. Masak diatas dapur dengan api yang kecil dan masukkan parutan keju cheddar. Kacau sehingga cheese cair dan sebati. Sebaiknya sos cheese jangan terlalu cair.
6. Cara menyediakan Mac N Cheese: Gaul sos merah dan macaroni spiral sehingga sebati. Tuang setengah adunan kedalam caserole dan lapiskan dengan sos cheese, dan kemudian tuang lebihan macaroni dan atasnya ditutup dengan sos cheese. Kalau nak lebih sedap boleh taburkan parutan keju cheddar diatasnya dan bakar sehingga ia bewarna kuning keemasan. Dapat menyediakan 2 loyang 8 x 8 inci.

NOTA: Jika menggunakan sos spaghetti, anda boleh kecualikan penggunaan rempah oregano dan bay leaves.

Tuesday, November 18, 2008

Cupcake

Brownies


Wednesday, May 07, 2008

Chewy Gooey Yummy Brownies

Friday, May 02, 2008

Rich Choc Cheese Cupcake









RICH CHOCOLATE MOIST CAKE

Bahan A
6 oz butter (170.1gm)
14 oz gula castor (396.9 gm)
3 biji telur

BAHAN2 INI DIBANCUH BERSAMA:
1 sudu teh NESCAFE
1 sudu teh air panas
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh chocolate EMULCO

BAHAN2 INI DI AYAK BERSAMA:
8 oz tepung HIGH PROTEIN (226 gm)
2 1/4 oz serbuk koko (63.8 gm)
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh soda bicarbonate
1 1/2 sudu teh baking powder

7 oz air sejuk - air dlm peti ais


CARA2:

GUNA MIXER FULL SPEED:

1. Pukul mentega dengan gula sehingga kembang.

2. Masukkan telur satu persatu.

3. Masukkan campuran NESCAFE dan esen2.

PERINGKAT SETERUSNYA INI, SILA GUNAKAN SPATULA ATAU WHISKER - JGN GUNA MIXER LAGI (tu yg menyebabkan kek berkawah sebab kek berat, bila pukul laju2 dia merajuk..)

4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan - KACAU PERLAHAN2 - SATU ARAH SAHAJA SAMPAI TEPUNG HILANG DARI PANDANGAN..
5. Masukkan air sejuk sedikit2 sambil di gaul perlahan2

Bahan B

CREAM CHEESE FILLING

250gm cream cheese - disyorkan guna brand philadelphia
1/3 cawan gula kaster
1 biji telur
perahan jus lemon, ikut masam yg dikehendaki, saya letak 2 sudu kecil jer

Cara-caranya:

1. Pukul cream cheese dan gula hingga kembang atau sehingga ringan, nak tau ringan, cuba angkat adunan dengan sudu, kalau jatuh dengan mudah maknanya dah ringan dah tu...
2. Masukkan telur & kacau sebati, time ni tak payah pukul kuat2 lagi...
3. Akhir sekali masukkan jus lemon.
4. Masukkan adunan A dalam cup diikuti 1 sudu adunan B.

6. dengan suhu 170C selama 50-60 minit ATAU kukus - tutup loyang dgn aluminium foil - guna api biasa.. selama 1 1/2 jam..

Rich Choc Moist Cupcakes