Source: Erna(mommy d&d kitchen)
Kulit
225gm mentega tanpa garam
150gm gula halus 3 biji telur 500gm tepung roti
(Kita guna kulit tart yang da siap bakar..heheheh)
Putar mentega&gula sampai tak berbintil.
Masuk telur sebiji demi sebiji.
Diikuti dgn tepung.
Bulat-bulat doh,bungkus dgn plastik,dinginkan dlm peti sejuk 2jam (kita tunggu 1jam jer sbb tak larat tunggu lama sbb dah pukul10.30 masa tu)
Canai dan lapis dlm acuan tart kecil.
Bakar kosong,tutup dgn kertas timah dan isi kekacang. (kita tak tutup&isi kacang sbb 'M'..tapi kita cucuk2 dgn garfu jer dasar tu )
Bakar 175'c selama 10min hingga kuning keemasan/dasar kering.
Sejukkan.
Custard Cream
2 cawan susu segar
1 sudu teh esen vanilla
4 biji kuning telur
125gm gula halus
50gm tepung jagung(guna tpg kastard)
100gm mentega
Renih susu&vanilla dlm periuk.
Dlm mangkuk lain pukul kuning telur,gula dan tepung jagung hingga tak berbintil.
Perlahan2 masukkan campuran susu-esen vanilla.
Tuang kastard semula dlm periuk dan masak atas api kecil hingga pekat dan berbuih.
Masuk mentega,kacau, tutup api.
Simpan dlm peti sejuk.
Finishing Sikit coklat cair (kita panaskan dlm microwave jer,buleh gak double boil) Buah-buahan Jem aprikot untuk mengglis
Sapu coklat cair pada dasar kulit tart (supaya kulit tak lembik bila letak krim)
Paip krim custard dlm kulit tart, atur buah atasnya.
Glis dgn jem aprikot.
Masuk dlm peti sejuk semula.
Monday, April 21, 2008
Fruit Tarts
Posted by Harrafyelza at 9:17:00 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment