CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, October 05, 2011

Blueberry Cheese Tart



Tart

Sugar Dough (as basis for all tart pastry)
250g butter
125g icing sugar
1 'B' egg
440g plain flour

1. Pukul butter dgn icing sugar sampai kembang.
2. Masukkan telur, pukul sampai sebati (well mixed).
3. Masuk tepung, gaul hingga rata.
4. Cubit sikit dan tekan dalam tart mould yang telah digris. Tekan dalam mould dengan fork.
5. Bakar 180C untuk 10-12 minit (3/4 masak). Keluar dan ketepikan.

BASIC CHEESE FILLING
(utk 40-50 tart shell)

a.500gm cream cheese
b.300gm plain yogurt sejuk
c.susu pekat (sila adjust rasa ikut sedap)
d.1/2 cawan tepung jagung
e. 2 table spoon jus sunkist (optional)
f. Blueberry Filling

1.campur bahan a/b/c dalam mixer. mix until fluppy.
2. campurkan tepung jagung and sunkist. adjust kepekatan
adunan. boleh guna tepung jagung up to 3/4 cup.
boleh omit sunkist sbb yogurt tu dah masam.
3. tutup adunan dgn kain muslin. biarkan pada room temperature for 1 hour.
4. Letak kan blueberry filling dalam tart shell.
5. pipekan adunan cheese dalam tart shell and bakar for abt 5 minutes. sejuk kan at room temp and then baru simpan dalam fridge 6 hrs.


Wednesday, December 01, 2010

Asam Pedas Daging



1/2kg daging
10 biji bawang kecil (Kisar)
3 ulas bawang putih (Kisar)
2cm halia sudu besar belacan (Kisar)
10 sudu besar cili kering (Kisar)
Air asam jawa secukup rasa
2 keping asam keping
2 helai daun limau purut
1 biji tomato (belah 4)
Terung @ bendi
Daun kesum
1 batang serai (Ketuk)
Gula
Garam
Minyak untuk menumis

Cara :
Daging hiris nipis (nak rebus bole x rebus pun x pe)
Tumis semua bahan kisar hingga naik bau
Kemudian masukkan daging yang telah direbus (masukkan air nye skali)
Masukkan air asam jawa, asam keping, daun limau purut, serai dan daun kesum
biar hingga daging empuk.
Masukkan garam, gula
Masukkan sayur dan last skali masukkan tomato



Empal Sapi ala2 Wong Solo



EMPAL SAPI (Resepi Om Google)

1. Daging segar = 500 gram
2. Minyak goreng = Secukupnya
3. Gula pasir yang telah halus = secukupnya
4. Garam = secukupnya
5. Bawang putih yang sudah dihaluskan = 4 sudu kecil
6. Air Asam jawa yang dihaluskan = secukupnya
7. Ketumbar yang dihaluskan = 1 sudu besar
*aku tambah serbuk jintan manis n kicap pekat sket

Cara:
1. Daging direbus hingga menjadi empuk.
2. daging tersebut dipotong dan diiris segi empat
3. setelah itu tumbuk daging guna lesung atau apa2 yg boleh ketuk
3. Bumbu-bumbu dihaluskan lalu dicampur dengan irisan daging
4. Panaskan minyak dan goreng
Note :
Indonesian traditional food recipes

Sunday, November 28, 2010

Tempoyak Pucuk Ubi



4 Ikat pucuk ubi
10 helai daun kunyit
Petai
Kunyit hidup
Segengam cili api
1kg tempoyak
2kg santan
Cili besar
Sekepal belacan

Cara :
Potong halus sume daun2 (pucuk ubi ngan daun kunyit) yang ada (leh + segala pucuk2 kayu cth: pucuk labu, mangun, dll).
Lepas potong, celur pucuk ubi sekejap
Satukan semua pucuk2 tuh termasuk daun kunyit dan petai
Gaulkan dengan cili kecik, belacan dan kunyit yang telah dikisar halus
+kan tempoyak..gaul rata..masukkan santan..
masak atas dapur..tambah garam dan gula secukup rasa
da dekat nak masak masukkan cili besar yang dipotong 2(hijau+merah) ke dalam periuk td..tunggu masak sket then tutup api..makan bersama nasi panas dan ikan goreng..shedapppp



Alfredo Spagethi Simple



Spagetthi (rebus)
Bawang Holland
Bawang putih
Cheddar Cheese (gue guna chisdale je)
Fresh milk
Oregano
Bay Leaves
Parsley flakes

Cara :
Tumis bawang dan bawang putih hingga naik bau, masukkan susu, cheese..biar cheese cair then masukkan spageti yg telah direbus td. masukkan oregano, bay, ngan parsley..kacau rata tabur garam sket..siappppp

Daging Kicap Black Pepper




1/2 kg Daging
Lada hitam
Serbuk Kunyit
Bawang Besar -potong bulat
Bawang putih -hiris
Halia -hiris
Cili Hijau / Merah
Kicap Pekat
Kicap Masin
Garam

Cara :
Perap daging bersama dgn lada hitam, kunyit garam
Panaskan minyak dalam kuali, goreng bahan perap td..da nampak agak2 masak masukkan bawang besar, bawang, putih, halia.
Kemudian masukkan kicap pekat, kicap masin dan sedikit air.
tunggu sehingga daging empuk kemudia masukkan cili besar.
Hidang kan bersama nasi panas2.

Sausages Roll




Roti Gardenia
Sausage
Chhesedale
Butter
Serbuk Roti
Telur
Minyak untuk menggoreng

Cara :

1.Canaikan/lenyekkan roti kasi nipis
2.Rebus@stim kan sausage sampai msk
3.Sapu butter atas roti n letakkan sekeping cheese
4.Letak sausage yg telah masak td dan gulung
5.Celup dgn telur n lumurkan dgn serbuk roti
6.Goreng sampai kekuninga.
7. Hidangkan dan mkn panas2 bersama sos..yummehhh


Marble Cake (Mat Gebu)



300 g mentega (guna high quality butter)
280 g tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1 camca besar susu tepung*(*disatukan, diayak)
5 biji telur gred A (kurang lebih 60g sebiji dengan kulit)
250 g gula pasir
1 camca besar ovallate (cake stabilizer)
30 g gliserin (boleh ganti dengan susu sejat)
20 g air
1 camca teh esen vanilla
1 camca besar coklat emulco

CARA MEMBUATNYA :-)

Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin bulat berukuran 9 inci, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
Putar mentega hingga kembang dan gebu. Masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit hingga habis, gunakan kelajuan perlahan. Gaul rata dan ketepikan.
Dalam mixing bowl yang bersih dan kering, masukkan gula pasir dan ovallate, putar perlahan hingga gula dan ovallate bergaul rata. Masukkan telur (semua sekali) dan putar dengan kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan pekat seperti adunan kuih baulu.
Perlahan kan speed dan masukkan no. 2 perlahan2 sehingga habis, putar sebati. Masukkan esen vanilla, gliserin dan air, kacau rata. Bahagi adunan kepada 2 bahagian sama banyak, satu biar pada warna asal dan satu lagi campur dengan coklat emulco, kacau rata.
Sudukan ke dalam tin kek tadi secara berselang-seli, dan buat hingga siap. Kemudian, ambik pisau atau chostick, buat beberapa lorekkan pada adunan kek tadi, cukup sekadar 3 - 4 kali lorekkan. Bakar 50 - 55 minit atau hingga kuning keemasan, check dengan mencucuk lidi sate di bahagian tengah kek, jika keluar bersih tanda kek telah masak.Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dipotog.


Choc Brownies (Hanieliza)




Bahan A
1 cawan susu cair
1 cawan butter cair
1 cawan air panas
2 cawan gula perang [brown sugar]

Bahan B [kacau rata]
2 biji telur gred B
1 s/k esen vanilla

Bahan C [ayakkan]
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 s/k baking powder
1 s/k soda bikarbonat

Cara
1. Panaskan oven pada suhu 175'C selama 10 minit.
2. Kacau bahan A supaya sebati.
3. Masukkan bahan B.acau rata.
4. Masukkan bahan C dan gaulkan supaya sebati.
5. Lapikkan kertas dalam loyang 10x 10 inci.
6. Bakar selama 45 - 50 minit.
7. Sejukkan kek dan salutkan dengan kerim coklat.

KRIM COKLAT
Bahan
250 gm cooking coklat [cap tulip]
1 s/b butter/majerin
1 s/k susu cair

Cara
1. Panaskan coklat dalam periuk/bekas secara double boil.
2. Bila coklat telah cair tutup api dan campurkan butter. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau lagi.
4. Salutkan pada kek dan hias mengikut kesukaan.



Friday, December 05, 2008

BAKED MACARONI


Bahan-bahannya
1 paket (500 gram) macaroni spiral San Remo (atau boleh guna bentuk macaroni lain yang disukai)
220 gram Du Chef tomato puree (tin sedang)/ 1 botol besar sos spaghetti
400 gram daging cincang
1 biji bawang besar, didadu
3 ulas bawang putih, dicincang
2 - 3 helai bay leaves (kering)
Capsicum
sedikit rempah oregano
garam dan gula secukup rasa

250 gram keju cheddar parut
500 - 600 ml susu segar
3 sudu besar tepung gandum

Cara-caranya
1. Rebus spiral pasta mengikut peraturan dipaketnya. Sebaik sudah masak, angkat dan toskan.
2. Untuk Sos Merah: Tumis bawang besar dan bawang putih dan capsicum dengan sedikit minyak sehingga naik bau. Kemudian masukkan daging cincang. Tumis sehingga daging bertukar warna dan pastikan jangan sampai air daging kering.
3. Masukkan tomato puree/ sos spaghetti Prego dan sedangkan api. Kalau guna sos spaghetti Prego boleh campurkan 1 cawan air kedalam periuk. Jika guna tomato puree tidak payah tambah air.
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Sosnya jangan terlalu kering sangat kerana lebih sedap berkuah supaya mudah digaulkan bersama macaroni.
5. Untuk Sos Cheese: Masukkan susu segar dan tepung gandum dan gaul rata. Masak diatas dapur dengan api yang kecil dan masukkan parutan keju cheddar. Kacau sehingga cheese cair dan sebati. Sebaiknya sos cheese jangan terlalu cair.
6. Cara menyediakan Mac N Cheese: Gaul sos merah dan macaroni spiral sehingga sebati. Tuang setengah adunan kedalam caserole dan lapiskan dengan sos cheese, dan kemudian tuang lebihan macaroni dan atasnya ditutup dengan sos cheese. Kalau nak lebih sedap boleh taburkan parutan keju cheddar diatasnya dan bakar sehingga ia bewarna kuning keemasan. Dapat menyediakan 2 loyang 8 x 8 inci.

NOTA: Jika menggunakan sos spaghetti, anda boleh kecualikan penggunaan rempah oregano dan bay leaves.