CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, May 07, 2008

Chewy Gooey Yummy Brownies

Friday, May 02, 2008

Rich Choc Cheese Cupcake









RICH CHOCOLATE MOIST CAKE

Bahan A
6 oz butter (170.1gm)
14 oz gula castor (396.9 gm)
3 biji telur

BAHAN2 INI DIBANCUH BERSAMA:
1 sudu teh NESCAFE
1 sudu teh air panas
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh chocolate EMULCO

BAHAN2 INI DI AYAK BERSAMA:
8 oz tepung HIGH PROTEIN (226 gm)
2 1/4 oz serbuk koko (63.8 gm)
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh soda bicarbonate
1 1/2 sudu teh baking powder

7 oz air sejuk - air dlm peti ais


CARA2:

GUNA MIXER FULL SPEED:

1. Pukul mentega dengan gula sehingga kembang.

2. Masukkan telur satu persatu.

3. Masukkan campuran NESCAFE dan esen2.

PERINGKAT SETERUSNYA INI, SILA GUNAKAN SPATULA ATAU WHISKER - JGN GUNA MIXER LAGI (tu yg menyebabkan kek berkawah sebab kek berat, bila pukul laju2 dia merajuk..)

4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan - KACAU PERLAHAN2 - SATU ARAH SAHAJA SAMPAI TEPUNG HILANG DARI PANDANGAN..
5. Masukkan air sejuk sedikit2 sambil di gaul perlahan2

Bahan B

CREAM CHEESE FILLING

250gm cream cheese - disyorkan guna brand philadelphia
1/3 cawan gula kaster
1 biji telur
perahan jus lemon, ikut masam yg dikehendaki, saya letak 2 sudu kecil jer

Cara-caranya:

1. Pukul cream cheese dan gula hingga kembang atau sehingga ringan, nak tau ringan, cuba angkat adunan dengan sudu, kalau jatuh dengan mudah maknanya dah ringan dah tu...
2. Masukkan telur & kacau sebati, time ni tak payah pukul kuat2 lagi...
3. Akhir sekali masukkan jus lemon.
4. Masukkan adunan A dalam cup diikuti 1 sudu adunan B.

6. dengan suhu 170C selama 50-60 minit ATAU kukus - tutup loyang dgn aluminium foil - guna api biasa.. selama 1 1/2 jam..

Rich Choc Moist Cupcakes