CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, June 16, 2014

Cream Puff


3oz butter
4oz tepung gandum
1tsp gula castor
6 1/2oz air
3 biji telur
1/2 tsp baking powder
garam secukup rasa

*saya guna fresh cream je

Cara:
1.Masak air, gula, mentega n garam dlm periuk hingga mendidih
2.Bila mendidih alihkan dari api n masukan tepung yang telah diayak dengan bakig powder
3.Kacau rata2 hingga jd sebuku doh
4.Letak dalam mixer pukul low speed masukkan telur satu persatu.adunan kilat sikit
5.Guna star nozzle masuk dalam piping bag
6.Bakar hingga kekuningan 25-30 minit suhu 170 C.(adjust sendri masa)



Kek Marble Traditional


250gm planta
250gm castor sugar
240gm self raising flour
5 biji telur
1 tsp vanila
2 tsp sunquick
2 tbs susu pekat
Pewarna (x letak pj xpe)
Serbuk koko (x letak pon x pe)

Cara:
Pukul planta n gula dlm mixer sampai kembang
Masukkan telur 1 persatu
selepas itu masukkan esen, sunquick dan susu
akhir sekali masukkan tepung
kacau sekejap n masukkan dlm loyang 9 x 9
bakar suhu 180 C selama 45 minit

Wednesday, October 03, 2012

SUPER MOIST EGGLESS CHOC CAKE

Hatiku da beberapa hari tingin nak mkn kek coklat..so duk gugel2 segala resepi choc cake yang x pernah cuba..maka terjumpa la resepi nih..n rata2 komen kat blog sume nye cam kata sedap..so lik keje smlm dok gagahkan diri buat jugak kek nih..senang bangat..x yah kai mixer bagai..campak n kacau je..wowwww...n yg bestnye..x yah kai telur uolsssss...memula cam x brp yakin..moist ke kalo tanpa telur????owhhh..tersangat la moist..penuh dgn rasa coklat..n bahan2 nye tersangat la simple uolsss..x rugi mencuba...kena repeat lagi pas nih tauuu..untuk topping x jumpa lak cooking coklat lam peti es..so fara guna kan choc chip + low fat milk.hahahaa..simple kan..masak je atas api sampai pekat n leh la sapu atas kek td ..nyum..nyumm



Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

Bahan-bahan : 
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 cawan serbuk koko 
  • 4 sudu besar susu tepung
  • 2 1/2 cawan air sejuk (dari peti ais)
  • 2 cawan gula perang
  • 2 sudu kecil esen vanilla
  • 1 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco - optional
  • 1/4 sudu kecil garam halus
  • 1 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung atau mentega cair
  • 2 sudu kecil cuka atau jus lemon
Cara-cara :
  1. Panaskan oven pada suhu 160-170C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga. 
  2. Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
  3. Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
  4. Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati tetapi jangan terlalu lama.
  5. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 45 minit atau hingga cukup masak.  (suhu bergantung pada jenis oven masing-masing. Sila adjust sendiri ye) 
  6. Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.
* fara guna loyang 4 segi 9" so kek x tebal sangat dalam 1.5" je tingginye



Monday, June 04, 2012

Choc Cheese Cupcake

Bread & Butter Pudding With Vanilla Sauce

Moist Chocolate Cake Zaima (Kukus)


 source : teratak.chetam
 Bahan-bahan
1 cawan gula pasir
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair @ susu segar
1 cawan minyak jagung 1/2 cawan susu pekat manis
1 1/4 cawan tepung gandum
1 tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate
3 biji telur
 Cara-cara

Campur koko,gula,susu cair,susu manis dan minyak ke dlm periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut. Tutup api biarkan adunan suam. Tepung, soda biakrbonat dan baking powder di ayak. Telur dipukul kembang dan dicampur dgn campuran koko tadi.Gaul rata dan campur tepung. Gaul sebati dan tuang dalam acuan dan jangan sampai penuh sebab nanti adunan naik. (tuang dlm 1/2 acuan je) Tutup loyang dengan aluminium foil agar tidak masuk wap.Kukus selama 1 1/2 jam baru angkat dan sejuk kan . 

Topping
1 cwn Choc Chip
100ml Anchor Whipping Cream
  Masak atas api perlahan
  

Tuesday, December 13, 2011

Puding Caramel



Bahan Caramel

6 Sudu gula
sedikit air

Cara:
Hanguskan gula dan tambah sedikit air..kacau dan masukkan ke dalam acuan

Bahan Puding:

4 biji telur
1 tin susu cair
2 sudu gula
1 sudu kecil esen vanilla

cara;
Kacau telur besama susu cair, gula dan esen vanila
Tapiskan ke dalam acuan yang telah di letakkan caramel td
Kukus hingga masak (10-15 minit)

Puding Jagung (Tanpa Susu)




8 Sudu besar tepung kastard
4 cawan air
1 tin jagung
Gula secukup rasa

Masak kesemua bahan sehingga likat..dan sejukkan di dalam acuan

Kuih Keria



Ubi Keledek
Tepung Gandum
Garam
Gula (Untuk Sira)

Cara
Rebus keledek hingga empuk bersama garam
Lenyekkan dan campurkan dengan tepung gandum..(agak2 la lembut camne)
Buat cam kuih donat n goreng

Gula

Panaskan kuali
Masukkan gula dan sediit air
kacau hingga gula pekat dan masukkan kuih yang telah digoreng
kacau hingga gula jd keras

Jemput2 Ikan Bilis



Tepung gandum
Air
bawang
Ikan Bilis
Soda Bicarbonate
Sebiji telur
Garam
Daun Kucai

Cara
Bancuh semua bahan dan goreng