CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, November 15, 2007

Sambal Sotong


1/2 kilo sotong putih
2 biji bawang besar-kisar
5 biji bawang kecil-kisar
2 ulas bawang putih-kisar
4 senduk cili kering-kisar
Semangkuk air asam jawa

Sedikit belacan
Garam
Gula
Minyak

Cara ;

1. Tumis bawang, bawang putih bersama belacan
2. Setelah naik bau masukkan cili kering yang telah dikisar
3. Tumis sampai garing
4.Masukkan air asam jawa, garam, gula
5. Masukkan sotong. masak

Sunday, October 28, 2007

KEK BATIK



Bahan:

1 paket biskut marie (1/2 perasa biasa, 1/2 perasa coffee)
200gm Choc bar
5 sudu besar choc powder
10 sudu besar milo
1 tin susu cair
4 biji telur
250gm butter
1 cawan air
1 sudu kecil nescafe
2 sudu besar gula

Cara:

1. Telur, gula, choc powder, milo, air di blend bersama (nak kasi sebati jerk)
2. Panaskan butter dalam kuali
3. Masukkan choc bar dan bahan yang di blend td
4. Kacau sampai pekat dan likat. Tutup api
5. Masukkan biskut marie yang telah dipatahkan 4
6. Kacau hingga rata
7. Tekankan dalam tray/bekas.Biarkan sejuk dan masukkkan dalam fridge selama 3 jam

Wednesday, October 24, 2007

WET CHOC CAKE



375 gm butter
600 gm caster sugar
6 eggs
600 gm water
500 gm self raising flour
50 gm choc powder
50 gm dark choc powder
2 tsb choc emulco

Cara :
1.Beat butter and sugar till creamy.
2.Add in egg one at a time, then fold in flour, choc and lastly water
3.Bake in a pre-heated oven at 180 C for about 40 - 45 minutes.

Topping :
200gm Choc Bar
50gm butter
5tsb milk

Cara :
1. Masak secara double boiler

Tuesday, October 09, 2007

IKAN KERISI GORENG


4 ekor ikan kerisi
Kunyit serbuk
Garam
Minyak
Cara :
Lumurkan ikan dengan kunyit dan garam.Goreng hingga garing

AYAM MASAK JAWA


1 ekor ayam/burung puyuh

Cendawan butang (x de pun x pe)
15 biji cili padi(tumbuk)
5 ulas bawang merah(tumbuk)
2 ulas bawang putih(tumbuk)
1 biji bawang besar
sedikit halia(tumbuk)
2 batang serai(dititik)

2 biji limau kasturi
2 sudu bsr sos tomato
4 sudu bsr kicap
3 sudu sos tiram
Garam dan gula secukup rasa

Cara:
1. Ayam digoreng terlebih dahulu.angkat dan toskan.

2. Tumiskan bhn yang telah ditumbuk,dan masukkan serai.
3. Setelah naik bau masukkan sos tomato.
4. Kemudian masukkan ayam yg telah digoreng tadi.
5. akhir sekali masukkan air perahan limau, bawang besar, kicap serta garam dan gula secukup rasa

SUP SAWI

Sawi pendek (Pak Choy)
Isi ayam
Bawang putih (ketuk)
Halia (hiris halus)
Lada sulah
Air
Garam
1 sudu minyak masak

Cara ;
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan halia
2. Masukkan ayam
3. Masukkan air dan lada sulah
4. Masukkan garam
5. Akhir sekali masukkan sawi dan terus tutupkan api.
6. Sedia dihidang

GULAI MASAM AYAM

1 ekor ayam
Kunyit hidup (tumbuk)
15 biji cili padi (tumbuk)
2 sudu tempoyak (tumbuk)
Air
Garam

Cara :
1. Keringkan air ayam diatas dapur. Apabila telah keluar minyak terus masukkan semua bahan tumbuk kedalam periuk dan tambah air dan garam.
2. Renehkan sehingga mengelegak.
3. Sedia dihidang

Monday, October 08, 2007

SWEET & SOUR FISH

1 ekor ikan bawal/kerapu/siakap
Kunyit
Garam
Minyak

Bahan Sos :

2 sudu plum sos

4 sudu sos tomato

4 sudu sos cili

2 sudu sos tiram

1 biji bawang besar (dadu)

Halia (hiris)

Bawang putih (cincang)

Nenas (dadu)

Timun (dadu)

Capsicum (dadu)

Carrot (dadu)

Garam & Gula

Cara :

1. Ikan yang telah dilumur dengan kunyit dan garam digoreng garing

2. Angkat dan toskan

3. Tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia

4.Masukkan bahan2 sos

5.Masukkan sedikit air

6. Apabila telah pekat masukkan nenas, timun, carrot dan capsicum.

7.Tutup api dan curahkan kuah diatas ikan

PUDING JAGUNG CREAMY

Bahan :
1 tin jagung
8 sudu tepung custard
1 tin susu cair
2 cawan air
Gula

Cara :
1.Campurkan tepung bersama air dan susu cair. Kacau sampai larut
2.Masukkan gula
3.Panaskan atas api yg kecil kacau sampai likat.
4.Masukan jagung
5.Kacau lagi sampai pekat
6.Sejukkan dalam bekas
7.Sedia dihidang

PECAL


Bahan-Bahan Ulam :
Kacang Panjang
Taugeh
Timun
Kangkung
Sengkuang
Tauhu
Telur

Bahan Kuah :
1 cawan kacang tanah
1/2 cawan jus asam
15 tangkai cili kering
4 ulas bawang merah
Garam
Gula
Minyak

Cara:
1. Tauge, kangkong dan kacang panjang dipotong dan basuh bersih.
2. Rebuskan berasingan dengn sedikit garam sehingga lembut. Toskan.
3. Masukkan semua bahan dalam pinggan dan sediakan kuah.

Cara buat kuah :
1. Kacang tanah digoreng tanpa minyak. Buangkan kulitnya. Mesin kasar.
2. Panaskan minyak dan gorengkan cili kering, bawang merah dan belacan sehingga wangi.
3. Mesinkan cili kering, bawang dan belacan
4. Campurkan bahan kisar tadi dengan kacang yg telah dimesin bersama gula dan garam.
5. Bancuh dengan air asam jawa
6.Rasakan secukupnya. [jika pekat boleh tambah air sikit demi sikit]
7. Hidangkan dengan bahan sayuran.